Sejarah Petra Jaya (kawasan negeri)

Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Petra Jaya sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Santubong. Ia telah diciptakan pada tahun 1978 dari kawasan negeri Sekama dan telah dimansuhkan pada tahun 1991. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Pantai Damai.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak dua calon bertanding di DUN ini iaitu Sharifah Mordiah Bintu Tuanku Fauzi dari parti Barisan Nasional (BN) dan Hafsah Binti Harun dari parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Petra Jaya terletak di Sekolah Rendah Kebangsaan Encik Buyong (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Encik Buyong di Kuching, Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Kerusi DUN Petra Jaya dimenangi oleh parti Barisan Nasional-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.[1]

Pada pilihan raya Sarawak 1979 dan 1983, Hafsah Binti Harun dari Barisan Nasional telah menang dan menjadi ADUN Petra Jaya selama dua penggal pilihan raya negeri Sarawak.[2]